
ALOR GAJAH, 21 April 2025 – Hospital Sultan Abdul Aziz Shah (HSAAS), Universiti Putra Malaysia (UPM) melalui Kumpulan KRIS 4, telah menganjurkan sebuah program khidmat komuniti bersama Maktab Rendah Sains MARA (MRSM) Alor Gajah, Melaka. Inisiatif ini merupakan sebahagian daripada usaha di bawah program KPT Prihatin Madani yang menekankan kepedulian terhadap kesejahteraan masyarakat.
Program tersebut mendapat sambutan menggalakkan daripada warga sekolah, dengan penyertaan pelajar dan guru. Pelbagai aktiviti berorientasikan kesihatan telah dijalankan sepanjang program tersebut.

Antara aktiviti utama ialah pemeriksaan kesihatan percuma oleh petugas HSAAS, konsultasi pemakanan sihat oleh pegawai dietetik HSAAS, serta demonstrasi pemeriksaan sendiri payudara (Breast Self Examination) dan kesedaran awal kanser payudara khas untuk pelajar perempuan yang dikendalikan oleh jururawat CCARE HSAAS. Selain itu, turut diadakan sesi kaunseling oleh Jabatan Kaunseling HSAAS yang memberi ruang kepada pelajar untuk berkongsi dan mendapatkan nasihat berkaitan kesihatan mental dan emosi.

Penganjuran program ini diharap dapat memberikan impak positif kepada para peserta, khususnya dalam meningkatkan pengetahuan dan kesedaran mengenai penjagaan kesihatan diri serta keluarga.
Pihak HSAAS dan UPM menyatakan komitmen berterusan mereka dalam menjayakan program seumpama ini demi menyemai budaya hidup sihat dalam kalangan masyarakat.
Date of Input: 28/04/2025 | Updated: 28/04/2025 | aimerul

Blok Utara, Pusat Pengajaran dan Latihan (Aras 1)
Hospital Sultan Abdul Aziz Shah
Persiaran Mardi - Upm,
43400 Serdang,
Selangor