Sejarah CaRE | PUSAT SUMBER DAN PENDIDIKAN KANSER
» MENGENAI KAMI » Maklumat Korporat CaRE » Sejarah CaRE

Sejarah CaRE

Pada tahun 2002,  dua orang survivor kanser, seorang dari Malaysia manakala seorang lagi dari Amerika Syarikat telah memulakan idea utama mereka untuk mengadaptasi dan menterjemah bahan pendidikan yang terpilih ke dalam Bahasa Malaysia sebagai langkah pertama dalam menyediakan maklumat yang diperlukan berkenaan rawatan dan penjagaan kanser payudara di Malaysia.

Usaha mereka seterusnya berkembang menjadi aktiviti pendidikan yang utama; Projek Pendidikan dan Penyelidikan Kanser (CaEd). Kepimpinan projek ini adalah melalui usahasama antara Universiti Putra Malaysia dan Cornell University. Projek ini telah dilancarkan secara rasminya di Malaysia pada September 2003. 

Pada 2008, satu pusat yang dikenali sebagai Pusat Sumber & Pendidikan Kanser (CaRE) telah diwujudkan untuk menampung aktiviti pendidikan, maklumat dan program sokongan kanser. 

Pusat ini telah dirasmikan pada 8 Julai 2009 oleh YB Senator Dato’ Sri Shahrizat Abdul Jalil, Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Komuniti. 

Pada Ogos 2011, CaRE telah diinstitusikan di bawah UPM sebagai Pusat Kecemerlangan.

 

EVOLUSI CaRE:

Tahun Evolusi
2003
  • Institut Pengajian Komuniti & Keamanan (PEKKA)
  • Projek Penyelidikan & Pendidikan Kanser (CaEd)-UPM-Inisiatif Cornell
2005
  • Laboratori Pendidikan & Perkhidmatan Kanser (CaEd Lab) – Institut Pengajian Sains Sosial (IPSAS)
2007
  • CaRE – CaEd Lab (IPSAS)
15 Ogos 2011
  • Pusat Sumber & Pendidikan Kanser (CaRE) – UPM

 

Kemaskini:: 20/06/2017 [ctfarhanah]

PERKONGSIAN MEDIA

PUSAT SUMBER DAN PENDIDIKAN KANSER
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
03-9769 1011
03-9769 2706
B1566457516