Profil Timbalan Pengarah | PUSAT SUMBER DAN PENDIDIKAN KANSER
» MENGENAI KAMI » Maklumat Korporat CaRE » Profil Timbalan Pengarah

Profil Timbalan Pengarah

 

Latar Belakang Pendidikan

MBBS (UM);
MMed (Family Medicine) (UKM);
PhD (Community Mental Health) (University of Auckland)

Kepakaran

Kesihatan Mental Komuniti, Perubatan Keluarga

 

Profesor Dr. Sherina Mohd Sidik memulakan pendidikan tertiarinya di Universiti Malaya (UM) dan bergraduat pada tahun 1993 dalam bidang Perubatan; MMeD (Perubatan Keluarga) daripada Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), 2000; PhD daripada University of Auckland, 2010 dalam bidang Kesihatan Komuniti. Beliau telah memulakan kerjayanya sebagai pegawai perubatan dan kemudian sebagai pakar perubatan keluarga di Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) dalam tempoh 8 tahun. Beliau menyertai Universiti Putra Malaysia (UPM) sebagai pensyarah di Fakulti Perubatan & Sains Kesihatan pada 2001. Pada tahun 2010, beliau telah dinaikkan pangkat ke jawatan Profesor. Bidang kepakaran beliau adalah dalam Kesihatan Mental Komuniti dan Perubatan Keluarga.

Prof. Dr. Sherina terlibat dalam aktiviti pengajaran dan pembelajaran untuk pelajar pra siswazah dan pasca siswazah program Master dan PhD. Antara jurusan pelajar pra siswazah yang terlibat adalah perubatan, kejururawatan, dan kesihatan pekerjaan dan persekitaran. Kursus yang terlibat dalam bidang pengajarannya adalah seperti Penilaian Kesihatan, Prinsip Kesihatan, Modul Pembangunan Profesional, Perubatan Komuniti, Klinikal Psikiatri, Psikiatri Umum, Kajian Kesihatan, Epidemiologi Penyakit Tidak Berjangkit, dan Kesihatan Orang Dewasa. Sehingga kini, beliau telah menyelia dan menasihat seramai 48 pelajar pra siswazah dan 25 pelajar pasca siswazah (Master dan PhD). Bagi meningkatkan pengetahuan dan maklumat terkini tentang bidang kepakarannya, beliau telah menyertai konferens dan membentangkan hasil kajiannya diperingkat antarabangsa dan tempatan. Beliau sangat komited dan aktif menerbitkan hasil penyelidikannya dan telah berjaya menerbitkan lebih 100 artikel dalam jurnal berwasit serta buku dan bab buku. Selain daripada itu, terdapat juga banyak penerbitan lain dalam bentuk prosiding, modul dan bahan-bahan rujukan pengajaran. Beliau banyak menyumbang idea dan kepakarannya dalam menyelaras modul-modul pengajaran bagi pelajar-pelajar di UPM. Beliau sangat gigih dalam mendapatkan geran projek penyelidikan samada di peringkat universiti, kebangsaan dan antarabangsa. Usaha penyelidikannya telah mendapat anugerah dan pengiktirafan oleh badan-badan antarabangsa dan tempatan seperti Reviewer Recognition Award oleh Medical Journal of Malaysia (2014) dan anugerah penyelidikan oleh Doctoral Award & PRESS Fund, University of Auckland (2010).

Sejak awal pembabitannya dalam penyelidikan, beliau telah mula memainkan peranan sebagai penyemak manuskrip untuk beberapa jurnal dan agensi antarabangsa. Beliau berpengalaman luas dalam menyemak dan menilai sesebuah manuskrip. Sehingga kini, hampir 50 buah manuskrip penyelidikan yang telah dinilai dan disemak oleh beliau. Sementara itu diperingkat kebangsaan, beliau juga aktif sebagai penyemak manuskrip (jurnal, buku dan kertas kerja penyelidikan), panel penilai luar dan dalaman, ahli lembaga editor, hakim pembentangan penyelidikan, penemuduga, penceramah dan editor jemputan.

Prof. Dr. Sherina mempunyai pengalaman pentadbiran yang luas. Antaranya adalah Ketua Unit, Jabatan Kesihatan Komuniti UPM (2005-2007), Ahli Senat Jawatankuasa Perpustakaan Universiti (2011-2014), Ahli Senat Jawatankuasa Pemilihan Guru (2012-2014), Ahli Senat Universiti Putra Malaysia (2011-2014), Ahli Seumur Hidup Persatuan Perubatan Malaysia, Persatuan Pakar-Pakar Perubatan Keluarga Malaysia, dan lebih 40 jawatankuasa lain yang turut disertai secara aktif. Beliau juga pernah menjadi profesor pelawat di Mahidol University, Thailand pada tahun 2013-2014. Pada tahun 2015, beliau menjalani program sabatikal di University of Oxford, United Kingdom. Beliau kini merupakan pensyarah di Jabatan Psikiatri, Fakulti Perubatan & Sains Kesihatan, UPM. Mulai 1 Julai 2016, beliau telah diberikan kepercayaan sebagai Timbalan Pengarah untuk memimpin Pusat Sumber & Pendidikan Kanser (CaRE), UPM.

Kemaskini:: 21/06/2017 [ctfarhanah]

PERKONGSIAN MEDIA

PUSAT SUMBER DAN PENDIDIKAN KANSER
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
03-9769 1011
03-9769 2706
B1566263187