Maklumat Korporat CaRE | PUSAT SUMBER DAN PENDIDIKAN KANSER
» MENGENAI KAMI » Maklumat Korporat CaRE

Maklumat Korporat CaRE

CaRE adalah satu organisasi yang melaksanakan usaha-usaha untuk membangunkan maklumat, pendidikan dan sokongan mengenai kanser dan boleh diperolehi dengan mudah melalui pelbagai saluran.


Visi:
Menjadi sebuah pusat bereputasi antarabangsa dalam Pendidikan, Saringan, Pengurusan dan Perkhidmatan Sokongan Kanser.

Misi:
Memberikan sumbangan bermakna kepada pembentukan kekayaan dan pembangunan negara serta kemajuan manusia sejagat menerusi penerokaan dan penyebaran ilmu, maklumat, informasi, dan perkhidmatan mengenai pencegahan, perawatan dan pengurusan sokongan berkaitan kanser.

Matlamat:

  1. Memperkasakan tadbir urus jaringan industri dan masyarakat serta penjanaan dana.
  2. Memperkasakan CaRE sebagai Pusat Kecemerlangan dalam pendidikan, perkhidmatan dan penyelidikan kanser.
  3. Memasyarakatkan dan menyebarluaskan kepakaran CaRE melalui aktiviti jaringan industri dan masyarakat.
  4. Melonjakkan tahap pencapaian penyelidikan dan inovasi berkaitan kanser ke peringkat antarabangsa.

Nilai:

1. Empati 7. Berbakti
2. Sukarelawan 8. Kecemerlangan 
3. Prihatin 9. Kepelbagaian
4. Kasih sayang 10. Kelestarian 
5. Kesabaran 11. Integriti 
6. Berilmu 12. Keikhlasan

 

Kemaskini:: 10/04/2019 [aimerul]

PERKONGSIAN MEDIA

B1566457533