Penyaringan & Diagnosis Limfoma | UNIT SUMBER PENDIDIKAN KANSER DAN KLINIKAL (CCARE)
» Penyaringan & Diagnosis Limfoma

Penyaringan & Diagnosis Limfoma



UJIAN DARAH 

Darah diambil untuk pelbagai ujian seperti untuk menilai fungsi dan prestasi sel darah dan organ penting, seperti hati dan ginjal untuk menentukan bahan kimia atau enzim tertentu darah dan untuk mengetahui subjenis limfoma dengan lebih lanjut. 
 
BIOPSI

Jika bengkak (yang juga dinamai ketulan atau jisim) wujud, suatu sampel tisu akan diambil daripada bengkak tersebut untuk diperiksa oleh ahli patologi (ahli perubatan yang mempunyai kepakaran mendiagnosis penyakit dengan meneliti sel dan tisu) dan kemudian sampel tisu tersebut akan diperiksa dengan mikroskop. Laporan patologi akan menentukan sama ada tisu tersebut ialah limfoma, serta jenis dan subjenis limfoma.

KAJIAN PENGIMEJAN

Walaupun jisim tidak dapat dirasai, dengan adanya gejala yang ketara, besar kemungkinan kajian pengimejan akan dilakukan untuk menentukan sama ada sesuatu jisim wujud dan, jika ada, bagaimanakah biopsi langsung harus dituju.

  1. X-ray: Pada bahagian tertentu tubuh, seperti dada, X-ray sahaja kadangkala dapat mengesan limfoma.
  2. Imbasan Tomografi Berkomputer (Computed Tomography Scan – Imbasan CT): Prosedur pengimejan memberikan pandangan tiga dimensi dengan lebih terperinci dan boleh mengesan nodus limfa yang membesar dan jisim lain di merata tubuh.
  3. Imbasan Pengimejan Resonans Magnet (Magnetic Resonance Imaging Scan – Imbasan MRI): Agak serupa dengan imbasan CT, MRI juga memberikan imej tiga dimensi yang terperinci. MRI memberikan kejelasan yang lebih baik daripada imbasan CT pada bahagian tertentu tubuh, terutama pada otak dan spina korda.
  4. Limfangiogram: Kaedah ini yang memberikan imej sistem limfa dengan menggunakan pewarna surihan yang bergerak melalui sistem tersebut, pada dasarnya telah digantikan dengan imbasan CT, MRI, atau PET.
  5. Imbasan Tomografi Emisi Positron (Positron-Emission Tomographic Scan – Imbasan PET): Sejumlah kecil bahan radioaktif disuntikkan ke dalam tubuh dan seterusnya dikesan pada imbasan PET. Tapak keradioktifan pada imbasan menandakan kawasan aktiviti metabolisme yang meningkat, yang menunjukkan kewujudan 


PEMERIKSAAN SUMSUM TULANG

Selalunya, pemeriksaan sumsum tulang diperlukan untuk melihat jika sumsum tersebut terjejas oleh limfoma. Pemeriksaan ini dilakukan dengan mengambil biopsi sumsum tulang.
 
UJIAN LAIN

Tebukan lumbar: Ujian ini, yang kadangkala dinamai ketukan spina, ialah suatu kaedah untuk mengambil sampel cecair yang mengelilingi otak dan spina korda. Cecair ini dinamai cecair serebrospina. Jika limfoma telah menjejaskan sistem saraf pusat, besar kemungkinan cecair serebrospina akan mengandungi sel limfoma.

Ujian fungsi organ: Ujian-ujian ini biasanya dilakukan sebelum rawatan dimulakan untuk memastikan bahawa organ pesakit cukup sihat untuk tahan kesan sampingan terapi. Contoh antaranya ialah ekokardiogram atau MUGA (ujian yang memberikan imej seperti wayang pada jantung yang sedang bertugas) untuk jantung, dan ujian fungsi pulmonari untuk paru-paru.

 

Kemaskini:: 04/04/2019 []

PERKONGSIAN MEDIA

UNIT SUMBER PENDIDIKAN KANSER DAN KLINIKAL (CCARE)
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
03-9769 9754
-
SXDdXA3~