Kehidupan Selepas Rawatan | UNIT SUMBER PENDIDIKAN KANSER DAN KLINIKAL (CCARE)
» Kehidupan Selepas Rawatan

Kehidupan Selepas Rawatan



PEMAKANAN

  • Amalkan pemakanan yang berkhasiat dan seimbang
  • Kurangkan lemak dan pilihlah susu rendah lemak
  • Makan lebih banyak makanan berserat tinggi seperti sayur-sayuran dan buah-buahan
  • Makanan pedas atau berempah sebaik-baiknya dielakkan
  • Elakkan pantang yang keterlaluan kerana ia akan menyebabkan anda tidak mendapat khasiat yang secukupnya
  • Hadkan minuman beralkohol
  • Elakkan merokok


AKTIVITI FIZIKAL 

  • Lakukan senaman ringan secara berkala. Berjalan ialah senaman yang terbaik.
  • Cuba bekerja mengikut jadual yang normal
  • Elakkan aktiviti seks sejurus selepas rawatan. Namun anda perlu kembali kepada aktiviti ini setelah pulih. Sila berbincang dengan doktor anda tentang masa yang sesuai

SUSULAN 

  • Setelah tamat rawatan, masih terdapat risiko yang kanser ini boleh berulang. Oleh kerana itu, doktor akan memberikan janjitemu susulan kepada anda. Ini bertujuan mengenalpasti kanser pada peringkat awal sekiranya ia berulang agar rawatan dapat diberikan untuk menyembuhkan anda. Ia juga bertujuan memerhati kesan sampingan daripada rawatan untuk memastikan anda kembali pulih. Pastikan anda hadir ke janjitemu ini untuk memastikan kanser anda sembuh sebaik-baiknya.
  • Doktor boleh melakukan ujian susulan seperti berikut:
    1. Pemeriksaan pengimejan (menghasilkan imej bahagian tertentu dalam tubuh)
    2. Endoskopi (menggunakan tiub berkamera untuk memeriksa organ dalam tubuh)
    3. Ujian darah

 

 

Kemaskini:: 14/03/2019 []

PERKONGSIAN MEDIA

UNIT SUMBER PENDIDIKAN KANSER DAN KLINIKAL (CCARE)
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
03-9769 9754
-
SXDcTAL~