Jenis-jenis Kanser Tiroid | UNIT SUMBER PENDIDIKAN KANSER DAN KLINIKAL (CCARE)
» Jenis-jenis Kanser Tiroid

Jenis-jenis Kanser Tiroid


  • Jenis-jenis kanser tiroid adalah berdasarkan bagaimana sel kanser kelihatan melalui mikroskop.
  • Sel kanser tiroid boleh merebak ke salur darah (yang menghubungkan semua tisu tubuh) dan seterusnya membentuk tumor baru dan memusnahkan organ yang dijejaskan oleh sel-sel kanser ini.
  • Yang berikut ialah empat jenis utama kanser tiroid:
    1. Tumor Papilari
    2. Tumor Folikel
    3. Tumor Medula
    4. Tumor Anaplastik

 
Tumor Papilari 

  • Tumor jenis ini berkembang di dalam sel-sel yang menghasilkan hormon tiroid yang mengandungi iodin.
  • Kanser ini lazimnya tumbuh secara perlahan. Walau bagaimanapun kanser ini boleh merebak ke nodus limfa pada leher atau berdekatan dengannya.
  • Kebanyakan tumor jenis ini dapat dirawat oleh doktor dengan jayanya walaupun sel-sel tersebut telah merebak ke nodus limfa yang berdekatan.  (Bergantung pada subjenisnya dan kesempurnaan pembedahan, serta tahap penyakit).

 
Tumor Folikel 

  • Tumor ini juga berkembang di dalam sel-sel yang menghasilkan hormon yang mengandungi iodin, dan mempunyai suatu lapisan tisu nipis di sekelilingnya yang dinamai kapsul.
  • Banyak tumor folikel boleh dipulihkan tetapi mungkin sukar dikawal jika tumor tersebut menembus masuk ke dalam salur darah atau tumbuh melepasi kapsul ke dalam struktur yang berdekatan dengan leher. (Bergantung pada subjenisnya dan kesempurnaan pembedahan, serta tahap penyakit).

 
Tumor Medula 

  • Tumor jenis ini menjejaskan sel tiroid yang menghasilkan hormon yang tidak mengandungi iodin.
  • Tumor jenis ini tumbuh secara perlahan tetapi lebih sukar dikawal daripada tumor papila dan folikel. Kanser tersebut merebak ke bahagian lain dalam tubuh.

Tumor Anaplastik 

  • Tumor jenis ini ialah tumor tiroid yang tumbuh paling pantas.
  • Sel kanser yang sangat tidak normal ini merebak dengan pantas ke bahagian lain dalam tubuh.

 

 

Kemaskini:: 18/03/2019 []

PERKONGSIAN MEDIA

UNIT SUMBER PENDIDIKAN KANSER DAN KLINIKAL (CCARE)
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
03-9769 9754
-
SXETRAk~