Faktor Risiko Kanser Paru-paru | UNIT SUMBER PENDIDIKAN KANSER DAN KLINIKAL (CCARE)
» Faktor Risiko Kanser Paru-paru

Faktor Risiko Kanser Paru-paru


Risiko ialah sebarang faktor yang meningkatkan peluang seseorang mendapat sesuatu penyakit. Bagi kanser paru-paru, antara faktor –faktor yang diketahui adalah:

  • Merokok 

  â—¦ Ini adalah sebab utama (90%) kanser paru-paru.
  â—¦ Risiko mendapat kanser akan meningkat selari dengan jumlah batang rokok yang dihisap setiap
    hari, jangkamasa merokok serta peringkat umur paling awal ketika mula merokok.
  â—¦ Kandungan tar yang tinggi atau penggunaan rokok yang tidak bertapis juga meningkatkan risiko
    kanser paru-paru di kalangan perokok.

  • Pendedahan kepada bahan kimia/industri kimia 

  â—¦ Sesiapa yang terdedah kepada bahan kimia seperti asbestos, nikel, arsenik dan gas radon di
    tempat kerja atau di tempat lain mempunyai risiko yang lebih tinggi untuk mengalami kanser 
    paru-paru.

  • Sejarah keluarga & diri

  â—¦ Individu yang mempunyai saudara mara paling rapat (ibu bapa, adik beradik atau anak) yang
    menghidap kanser paru-paru mempunyai risiko dua kali ganda dari orang lain. Kewujudan faktor
    keturunan bagi kanser paru-paru adalah lebih tinggi bagi wanita, individu yang bukan perokok
    dan mereka yang menghidap kanser paru-paru sebelum umur 60.

  • Perokok Pasif

  â—¦ Walaupun anda tidak merokok, risiko anda mendapat kanser paru-paru meningkat jika anda
    terdedah kepada asap rokok sekunder. Terdapat bukti yang menunjukkan risiko bagi perokok
    pasif akan meningkat jika pasangannya merokok sebanyak 20 batang sehari atau lebih.



 

Kemaskini:: 14/03/2019 []

PERKONGSIAN MEDIA

UNIT SUMBER PENDIDIKAN KANSER DAN KLINIKAL (CCARE)
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
03-9769 9754
-
SXDcWAL~