Fakta Dari Mitos | UNIT SUMBER PENDIDIKAN KANSER DAN KLINIKAL (CCARE)
» Fakta Dari Mitos

Fakta Dari Mitos


Kanser tidak berjangkit

  • Kanser tidak boleh berjangkit daripada seorang kanak-kanak kepada kanak-kanak yang lain seperti demam selesema. Kanak-kanak yang menghidap kanser mempunyai keimunan yang rendah dan mudah dijangkiti oleh orang lain. Oleh itu, mereka dinasihatkan agar tidak pergi ke tempat yang sesak dan ahli keluarga yang tidak sihat harus meminimumkan hubungan dengan kanak-kanak ini.

Penyebab kanser kanak-kanak tidak diketahui

  • Sekurang-kurangnya 95 % kanser kanak-kanak berlaku secara spontan.

Kebanyakan kanser kanak-kanak boleh dirawat

  • Sebagai contoh, leukemia limfoblastik akut merupakan kanser yang biasa berlaku pada kanak-kanak boleh dirawat hanya dengan kemoterapi sahaja. Hasil rawatan yang berkesan bergantung pada penerimaan terapi standard semasa, sikap positif dan kesungguhan untuk melawan kanser.  Hasil yang lebih baik adalah pada kanak-kanak yang dirawat lebih awal. Kanser kanak-kanak bukanlah hukuman mati.

Kanak-kanak penghidap kanser masih boleh menjalani kehidupan seperti kanak-kanak biasa

  • Kanak-kanak penghidap kanser boleh menjalani kehidupan seperti kanak-kanak biasa. Kebanyakan kanak-kanak penghidap kanser akan kembali bersekolah selepas keadaan kesihatan kembali pulih. Dalam kes yang lain, kanak-kanak dan keluarga mereka dapat menyesuaikan dan mengubah gaya hidup mereka untuk mencapai kehidupan normal. Ini menjadi lebih mudah dengan adanya keprihatinan, kefahaman dan sokongan daripada keluarga, guru, kawan-kawan, dan penjaga kesihatan yang lain.

Bukan semua tumor adalah kanser

  • Tumor boleh menjadi benigna atau malignan. Tumor malignan ialah sel kanser dan tumor benigna bukanlah kanser. Tumor malignan boleh menyerang dan merebak ke bahagian lain dalam tubuh. Sebaliknya, tumor benigna hanya menyerang tisu disekitarnya dan pada umumnya tidak merebak.

 

Kemaskini:: 08/04/2019 []

PERKONGSIAN MEDIA

UNIT SUMBER PENDIDIKAN KANSER DAN KLINIKAL (CCARE)
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
03-9769 9754
-
SXDcRAs~