Bagaimanakah Menentukan Tahap Leukemia? | UNIT SUMBER PENDIDIKAN KANSER DAN KLINIKAL (CCARE)
» Bagaimanakah menentukan tahap Leukemia?

Bagaimanakah menentukan tahap Leukemia?

Leukemia adalah penyakit sistemik. Berbeza dengan kanser organ-organ pepejal, tiada tahap dalam Leukemia. Walau bagaimanapun, ujian-ujian lain perlu dilakukan untuk mencari setakat mana penyakit ini telah merebak. Ini termasuk:

  • Pengambilan cecair spinal (Lumber Puncture).Satuprosedur yang dilakukan untuk mengambil cecair serebrospina dari tulang belakang untuk pemeriksaan mikroskop bagi melihat kehadiran sel-sel leukemia. Ini dilakukan dengan memasukkan jarum ke dalam ruang tulang belakang. Prosedur ini juga dipanggil LP atau spinal tap.
  • X-ray dada: Untuk mengesan pembesaran nodus limfa di dada.
  • Testikular biopsi: Pengambilan tisu dari buah zakar bagi mengesan  tanda-tanda kanser. Prosedur ini dilakukan hanya jika terdapat tanda tanda luar biasa pada buah zakar semasa pemeriksaan fizikal.

Pesakit akan di bahagikan  ke dalam kumpulan mengikut  risiko. Ini adalah untuk membolehkan doktor  merancang rawatan untuk mencapai outome yang terbaik tetapi pada masa yang sama mengurangkan  kesan toksik. Beberapa parameter digunakan untuk menentukan kumpulan risiko. Ini termasuk umur pesakit, kiraan jumlah putih pada masa penyakit dikesan, penglibatan sistem saraf pusat, tindak balas awal pada rawatan dan kehadiran kromosom tertentu seperti kromosom Philiadelphia.

Kumpulan risiko adalah seperti berikut:

  • Standard risk.
  • Moderate risk atau sederhana.
  • Berisiko tinggi.

Kemaskini:: 13/09/2021 []

PERKONGSIAN MEDIA

UNIT SUMBER PENDIDIKAN KANSER DAN KLINIKAL (CCARE)
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
03-9769 9754
-
SXETDA4~