Apakah Yang Perlu Saya Lakukan Sekiranya Doktor Mengatakan Saya Mempunyai Kanser Ovari? | UNIT SUMBER PENDIDIKAN KANSER DAN KLINIKAL (CCARE)
» Apakah yang perlu saya lakukan sekiranya doktor mengatakan saya mempunyai kanser ovari?

Apakah yang perlu saya lakukan sekiranya doktor mengatakan saya mempunyai kanser ovari?

Jika doktor mengatakan bahawa anda mempunyai kanser ovari, mintalah untuk dirujuk

Kepada Pakar Gynecologic Onkologi, doktor yang telah dilatih untuk merawat kanser seperti ini.

Doktor ini akan bekerjasama dengan anda untuk mewujudkan satu pelan rawatan.

Dalam merawat kanser, biopsi adalah prosedur penting untuk mendapatkan pengesahan kanser dan apabila diperiksa dengan berdasarkan gen atau mutasi yang dijumpai, doktor dapat memberikan ubat yang paling sesuai dan berkesan berdasarkan mutasi kanser pesakit.

Sekarang dengan menggunakan pendekatan rawatan tertumpu. Selain daripada pembedahan dan kemoterapi, kita berupaya menggunakan pendekatan rawatan tertumpu untuk memberi harapan sembuh lebih tinggi.

Kita semua perlu meningkatkan kesedaran dan kefahaman tentang tanda-tanda awal kanser serta tatacara bagaimana untuk mengurangkan risikonya kerana ia merupakan tanggungjawab bersama selain digalakkan mengamalkan gaya hidup sihat dan berat badan yang baik (BMI antara 18.5 dan 24.9) perlu ditekankan dan diamalkan bagi mengurangkan masalah obesiti.

Segeralah berjumpa Doktor jika mendapat keputusan kanser ovari supaya tindakan rawatan segera dapat diambil. Rawatan pelbagai akan memberikan tahap kesembuhan paling tinggi dengan kesan sampingan minimum.

 

 

 

Diterjemah oleh:

Pn. Norsidawati Abdul Gani

 

Disemak oleh:

Dr. Andi Anggeriana Andi Asri

Pakar Obstetrik dan Ginekologi (Gineonkologi)

Kemaskini:: 05/10/2021 []

PERKONGSIAN MEDIA

UNIT SUMBER PENDIDIKAN KANSER DAN KLINIKAL (CCARE)
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
03-9769 9754
-
SXEUSAB~