Apakah Ujian Yang Dapat Mengesan Kanser Ovari Lebih Awal. | UNIT SUMBER PENDIDIKAN KANSER DAN KLINIKAL (CCARE)
» Apakah ujian yang dapat mengesan kanser ovari lebih awal.

Apakah ujian yang dapat mengesan kanser ovari lebih awal.

Bagaimana saya boleh mencegah kanser ovari?

Tiada cara yang diketahui untuk mengelakkan kanser ovari. Tetapi perkara-perkara berikut boleh mengurangkan risiko anda untuk mendapat kanser ovari:

  • Mengunakan pil perancang keluarga selama lebih daripada lima tahun.
  • Pembedahan tubal ligasi, pembedahan dengan membuang kedua-dua ovari, atau
  • histerektomi (operasi di mana rahim, dan kadang-kadang serviks dikeluarkan).
  • Melahirkan anak.

 

Tidak ada cara yang mudah dan boleh dipercayai untuk mengesan kanser ovari pada wanita yang

tidak mempunyai apa-apa tanda-tanda atau gejala. Ujian Pap smear tidak menyaring kanser ovari.

Satu-satunya kanser yang disaring oleh Ujian Pap smear adalah kanser serviks.

Walaubagaimanapun, di sini terdapat langkah-langkah yang anda boleh ambil:

  • Beri perhatian kepada badan anda dan tahu apa yang normal untuk anda.
  • Jika anda mendapati adanya perubahan yang tidak normal pada badan anda dan tanda – tanda tersebut mungkin berkaitan dengan kanser ovari, bercakaplah dengan doktor dan tanyalah tentang punca perubahan badan yang tidak normal, seperti kanser ovari.
  • Tanya doktor, adakah anda perlu menjalani ujian seperti pemeriksaan pelvikrectovaginal, ultrasoundtransvaginal, atau ujian darahCA-125:
  • Jika anda mempunyai tanda penyakit yang tidak dapat dikesan atau gejala kanser
  • ovari, ujian-ujian ini dapat membantu untuk mengesahkan yang anda tidak

menderita kanser ovari.

Jika anda mempunyai kanser payudara, kanser rahim, atau kanser kolorektal; atau saudara rapat yang menghidap kanser ovari.

Kemaskini:: 05/10/2021 []

PERKONGSIAN MEDIA

UNIT SUMBER PENDIDIKAN KANSER DAN KLINIKAL (CCARE)
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
03-9769 9754
-
SXDcVAZ~