KEMPEN DERMA DARAH #DripSomethingNice | PUSAT SUMBER DAN PENDIDIKAN KANSER
KEMPEN DERMA DARAH #DripSomethingNice

Sempena sambutan Hari Merdeka dan Hari Malaysia,  Pusat Sumber dan Pendidikan Kanser (CaRE) Universiti Putra Malaysia, Pusat Darah Negara (PDN) dan Zubedy (M) Sdn. Bhd. akan menganjurkan program #DripSomethingNice.  Kempen derma darah #DripSomethingNice ini merupakan salah satu inisiatif kami untuk menggalakkan perpaduan di kalangan rakyat Malaysia. Kami sentiasa percaya bahawa terdapat rakyat Malaysia di luar sana sentiasa bersedia menyumbangkan darahnya - tanpa mengira kaum, latar belakang agama atau tidak kira sama ada anda dari Sabah, Sarawak atau Semenanjung.

 

Program ini diharap dapat menggalakkan perpaduan di kalangan rakyat Malaysia melalui sumbangan darah. Walaupun kita mempunyai perbezaan warna kulit, tetapi percayalah semua darah kita adalah berwarna merah. Apabila kita menderma darah, kita menyatukan rakyat Malaysia.


Untuk maklumat lanjut mengenai inisiatif #DripSomethingNice sila hubungi:
CaRE UPM: 03-89471011 / care.upm.edu@gmail.com

 

Sekian, terima kasih.

Kemaskini:: 08/09/2017 [syaakira]

PERKONGSIAN MEDIA

PUSAT SUMBER DAN PENDIDIKAN KANSER
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
03-9769 1011
03-9769 2706
B1566629860