Program KRIS Negeri Melaka Sempena Karnival Komuniti Sihat | UNIT SUMBER PENDIDIKAN KANSER DAN KLINIKAL (CCARE)
» BERITA » Program KRIS Negeri Melaka Sempena Karnival Komuniti Sihat

Program KRIS Negeri Melaka Sempena Karnival Komuniti Sihat

SUNGAI UDANG, MELAKA, 04 Disember 2022 – Hospital Pengajar Universiti Putra Malaysia (HPUPM) telah melaksanakan Program KPT Prihatin Komuniti Sejahtera (KRIS) Negeri Melaka Sempena Karnival Komuniti Sihat dengan kerjasama Jabatan Penjara Malaysia dan Adun Sungai Udang, Melaka.

Program KPT Prihatin Komuniti Sejahtera (KRIS) Sempena Karnival Komuniti Sihat telah diadakan selama dua (2) hari iaitu pada 03 dan 04 Disember 2022. Objektif  program memupuk keprihatinan terhadap komuniti setempat terhadap penjagaan tahap kesihatan yang optima dan membangunkan modal insan ke atas banduan dari aspek penjagaan kesihatan fizikal dan mental.

Pelbagai aktiviti telah diadakan antaranya ialah seperti berikut :

  1. Saringan Kesihatan
    • Pemeriksaan Paras Glukos dalam Darah
    • Pemeriksaan Tekanan Darah
    • Indeks Jisim Badan (BMI)

  2. Pemeriksaan Mata
  3. Pameran Kesedaran Kanser Servik
  4. Demotrasi BLS
  5. Pameran Kesihatan “Kenali Ubat Anda”
  6. Pameran kesihatan dan demostrasi PSP
  7. Ceramah Motivasi
  8. Pertandingan Mewarna
  9. Aktiviti Kemasyarakatan
  10. Sumbangan Barangan Keperluan kepada Banduan Penjara

Sesi ceramah telah disampaikan oleh Cik Norezzati binti Md Hanafiah, Pegawai Psikologi daripada Unit Kaunseling dan Kerja Sosial Perubatan, HPUPM dan juga sesi Demonstrasi dan penerangan tentang Basic Life Support (BLS) oleh Encik Muhammad Hafiz bin Rosli, Penolong Pegawai Perubatan dari Unit Kecemasan Strok ResQ, HPUPM.

Seramai 30 orang kakitangan Hospital terlibat dalam program ini yang terdiri daripada Pegawai Perubatan, Pegawai Tadbir, Pegawai Pembangunan Masyarakat, Pegawai Farmasi, Pegawai Psikologi, Kakitangan Sokongan Klinikal dan Pelaksana. Sejumlah 198 orang telah menerima manfaat dari program yang dijalankan dan 15 orang telah dinasihatkan oleh pegawai perubatan untuk membuat rawatan susulan di klinik/hospital yang berdekatan.

Program Komuniti Prihatin Komuniti Sejahtera (KRIS) Sempena Karnival Komuniti Sihat turut dihadiri YB Dr. Mohd Aleed Yusof, ADUN Sungai Udang, Melaka, TPP Mahadi Mustafa, Pegawai Penjara Sungai Udang dan Timbalan Pengarah (Pengurusan) HPUPM Encik Mohd Nazri bin Md Yasin.

Pihak HPUPM mengucapkan ribuan terima kasih kepada kakitangan Penjara Sungai Udang dan penduduk dalam memberikan sokongan kepada program yang dijalankan.

 

Tarikh Input: 07/12/2022 | Kemaskini: 07/12/2022 | aimerul

PERKONGSIAN MEDIA

UNIT SUMBER PENDIDIKAN KANSER DAN KLINIKAL (CCARE)
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
03-9769 9754
-
SXEZNA7~