Pameran, Saringan Kesihatan Dan Ceramah Sempena Karnival Pendidikan Dan Kerjaya, Minggu Pencegahan Dadah Dan Jenayah, Minggu Hem Dan Minggu Pusat Sumber Smk Bukit Tinggi | UNIT SUMBER PENDIDIKAN KANSER DAN KLINIKAL (CCARE)
» BERITA » Pameran, Saringan Kesihatan Dan Ceramah Sempena Karnival Pendidikan Dan Kerjaya, Minggu Pencegahan Dadah Dan Jenayah, Minggu Hem Dan Minggu Pusat Sumber Smk Bukit Tinggi

Pameran, Saringan Kesihatan Dan Ceramah Sempena Karnival Pendidikan Dan Kerjaya, Minggu Pencegahan Dadah Dan Jenayah, Minggu Hem Dan Minggu Pusat Sumber Smk Bukit Tinggi

Klang, 14 September - Karnival Pendidikan Dan Kerjaya, Minggu Pendedahan Pencegahan Dadah Dan Jenayah, Minggu HEM Dan Pusat Sumber anjuran SMK Bukit Tinggi, Klang telah diadakan pada 14 September 2022 bermula 9.00 pagi hingga 3 petang bertempat di SMK Bukit Tinggi.

Hospital Pengajar UPM (HPUPM) telah dijemput hadir bagi menjalankan pameran dan aktiviti seperti berikut;

  1. Saringan Kesihatan Asas
  • Pemeriksaan tekanan darah
  • Pemeriksaan gula dalam darah
  • Indeks Jisim Badan
  1. Pameran kesihatan
  2. Demonstrasi Pemeriksaan Sendiri Payudara
  3. Ceramah Motivasi Remaja

Sesi ceramah telah disampaikan oleh Cik Norezzati binti Md Hanafiah, Pegawai Psikologi daripada Unit Kaunseling dan Kerja Sosial Perubatan, HPUPM kepada Warga SMK Bukit Tinggi dengan tajuk “Tip:Kemahiran Berfikir Secara Positif dan Merancang Laluan Kerjaya”.

Untuk aktiviti Demonstrasi Pemeriksaan Sendiri Payudara dan Pameran Kesihatan diadakan didalam Bas Pengembangan Putra. Pameran bergerak ini mampu menarik minat pelajar mendapat pelbagai maklumat kesihatan berguna didalam bas tersebut.

Karnival ini telah memberi manfaat kepada hampir 1500 pelajar sekolah  yang terlibat. Seramai 167 orang peserta yang hadir mendapatkan khidmat pemeriksaan kesihatan. Daripada jumlah tersebut, 2 orang telah diberikan nasihat untuk mendapatkan rawatan lanjut di fasiliti kesihatan bagi masalah tekanan darah dan bacaan gula yang tinggi.

Selain itu, 11 orang kakitangan HPUPM turut terlibat dalam program ini terdiri Pegawai Psikologi, Pakar Jururawat Klinikal dan Pelaksana.

Jutaan terima kasih diucapkan kepada penceramah dan kakitangan atas kerjasama serta komitmen yang telah diberikan sepanjang berlangsungnya program ini.

Tarikh Input: 15/09/2022 | Kemaskini: 15/09/2022 | aimerul

PERKONGSIAN MEDIA

UNIT SUMBER PENDIDIKAN KANSER DAN KLINIKAL (CCARE)
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
03-9769 9754
-
SXEULAN~