
Shah Alam, 30 JUN- Unit Umber Pendidikan Kanser dan Klinikal (CCARE), Hospital Sultan Abdul Aziz telah jemput untuk bersama-sama menjayakan Program Lens of Knowledge 2.0 : Colours With Community. Program anjuran Sekolah Pengajian Siswazah ini berlansung di Balai Masyarakat, Persiaran Teknologi Subang, Taman Baru Tiga, Shah Alam.

Pelbagai aktiviti yang telah diadakan sepanjang program ini berlansung Antara ya pameran daripada agensi luar, ceramah tentang kesedaran Kanser dan kesihatan, aktiviti mewarna bagi kanak-kanak dan lain-lain lagi. Program ini telah dirasmikan oleh Y.B Tuan Danial Al-Rashid bin Haron Aminar Rashid Ahli Dewan Undangan Negeri (DUN) Baru Tiga.


Pendekatan menerusi program ini adalah untuk menambah ilmu pengetahuan mengenai kanser dan kepentingan melakukan pemeriksaan awal kanser terutamanya kanser payudara. Dalam program ini turut diselit pengisian oleh Dr. Nur Suriyana binti Abd Ghani dari Fakulti Perubatan dan Sains Kesihatan, UPM yang turut ‘menyentuh’ mengenai simptom dan kaedah pencegahan Kanser payudara

"Kesedaran tentang kanser sangat penting dalam masyarakat kita," kata Dr. Nur Suriyana "Pemeriksaan awal dan amalan gaya hidup sihat dapat menyelamatkan nyawa dan mencegah perkembangan kanser ke tahap yang lebih serius."
Dengan penganjuran program seperti ini dapat memberi manfaat kepada komuniti setempat dalam mendapat info tentang kesihatan serta turut serta dapat menjalani saringan kesihatan yang disediakan.
Tarikh Input: 01/07/2024 |
Kemaskini: 01/07/2024 | aimerul
PERKONGSIAN MEDIA