Bengkel Bahasa Inggeris (Sesi 1) Di Rumah Amal Limpahan Kasih (RALK), Puchong, M | PUSAT SUMBER DAN PENDIDIKAN KANSER
» BERITA » Bengkel Bahasa Inggeris (Sesi 1) di Rumah Amal Limpahan Kasih (RALK), Puchong, M

Bengkel Bahasa Inggeris (Sesi 1) di Rumah Amal Limpahan Kasih (RALK), Puchong, M

26 Mei 2015 – Pusat Sumber & Pendidikan Kanser (CaRE) telah mengadakan Bengkel Bahasa Inggeris sesi 1 di bawah Program Insaniah –Sihat, Sejahtera Dan Berjaya yang juga dikenali dengan nama SSB. Bengkel ini bertempat di Pusat Pendidikan Rumah Amal Limpahan Kasih (RALK), Puchong, Malaysia dari jam 10.00 pagi hingga 1.00 petang. 3 orang pelajar sarjana dari Universiti Putra Malaysia (UPM) iaitu En. Othman bin Abdul Kareem, Cik Hairunnisa Zasenawi dan Cik Razalina Ismail telah dilantik sebagai fasilitator untuk program ini. Input dan bahan pengajaran untuk program ini adalah di bawah seliaan Dr. Habsah Hussin, Pensyarah Fakulti Pengajian Pendidikan UPM. Seramai 50 orang pelajar RALK menyertai sesi ini yang mengandungi modul seperti Simple knowledge about English Test, Body Parts, Present Tense (Habitual Activities) dan Simple Verb To Be.

Cikgu Razalina menggunakan kaedah pembelajaran yang interaktif dan memudahkan pelajar untuk memahami


Pelajar sedang membuat kuiz Silang Kata bertajuk Body Parts


Pelajar sedang memberi fokus dengan topik yang sedang diajar oleh En. Othman


Bengkel Bahasa Inggeris ini merupakan projek khas di bawah dana Universiti Putra Malaysia bagi merancang dan melaksanakan aktiviti pemindahan ilmu dan pengembangan dari universiti kepada kumpulan sasar dalam komuniti. Di bawah projek ini, terdapat empat (4) objektif utama yang mensasarkan peningkatan ilmu pengetahuan dan kemahiran dalam bidang pendidikan kesihatan dan keusahawanan. Bengkel Bahasa Inggeris merupakan salah satu sub-projek dalam meningkatkan pengetahuan Bahasa Inggeris pelajar-pelajar RALK.

Seterusnya, tiga (3) sesi lagi bengkel ini akan dijalankan mengikut jadual dan pembelajaran yang lebih interaktif untuk mencapai objektif pemindahan ilmu kepada pelajar RALK.

Tarikh Input: | Kemaskini: | amir_peli

PERKONGSIAN MEDIA

PUSAT SUMBER DAN PENDIDIKAN KANSER
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
03-9769 1011
03-9769 2706
B1566457798