KKM Komited Beri Penerangan Kepada Ibu Bapa Tentang Kepentingan Vaksinasi Kanak-kanak. | UNIT SUMBER PENDIDIKAN KANSER DAN KLINIKAL (CCARE)
» ARTIKEL » KKM komited beri penerangan kepada ibu bapa tentang kepentingan vaksinasi kanak-kanak.

KKM komited beri penerangan kepada ibu bapa tentang kepentingan vaksinasi kanak-kanak.

KUALA LUMPUR, 28 Julai - Kementerian Kesihatan (KKM) terus komited dalam memberi penerangan kepada masyarakat terutama ibu bapa tentang kepentingan vaksinasi terhadap kanak-kanak.

Tujuannya, memastikan kanak-kanak mendapat perlindungan sepenuhnya daripada jangkitan COVID-19 dan mencegah jangkitan yang lebih serius.

Untuk itu, beberapa langkah sedang dipergiat bagi memberi kesedaran tentang pemberian vaksin kepada golongan tersebut.

Antaranya, melalui hebahan di media cetak dan eloktronik.

Selain itu, menggalakkan ibu bapa mendapatkan janji temu imunisasi di klinik kesihatan yang berdekatan.

Sehingga 26 Julai lalu 1,767,078 atau 49.8 peratus kanak-kanak berusia 5-11 tahun telah menerima sekurang kurangnya 1 dos vaksin manakala 1,485,265 lagi telah melengkapkan dua dos vaksin.

"Kebimbangan kita sekarang ini kes naik sekarang, masuk hospital naik, masuk PKRC naik, penggunaan katil naik, ventilator naik, sebab itu tadi saya ambil keputusan melaui nasihat supaya kanak-kanak diberikan dos tambahan untuk melengkapkan dos premir 8 minggu dos kedua, kita bagi dos ketiga, bagi terkena jangkitan COVID-19,"menjawab pertanyaan wakil Bachok, Tuan Nik Mohamad Abduh Nik Abdul Aziz.

Sementara itu, sehingga kini, tiada percubaan klinikal terhadap keluaran yang mengandungi ekstrak kanabis bagi tujuan perubatan sedang dijalankan.

Justeru, Kementerian Kesihatan mengalu-alukan permohonan untuk menjalankan percubaan klinikal terhadap keluaran mengandungi ekstrak kanabis bagi tujuan tersebut.

Timbalan Menteri Kesihatan 1, Datuk Dr. Noor Azmi Ghazali berkata, sekiranya terdapat pihak yang mempunyai bukti saintifik yang mencukupi, pihak berkenaan boleh mengemukakan permohonan pendaftaran keluaran tersebut kepada Pihak Berkuasa Kawalan Dadah untuk dipasarkan.

"KKM tidak menolak kajian terhadap keberkesanan kanabis perubatan malah sekiranya ada keluaran yang berkaitan perubatan kanabis yang telah diluluskan penggunaannya di negara luar, syarikat boleh mendaftarkan keluaran tersebut di Malaysia," katanya ketika menjawab soalan wakil Muar Syed Saddiq Syed Abdul Rahman.

Sumber:

https://berita.rtm.gov.my/index.php/semasa/44204-kkm-komited-beri-penerangan-kepada-ibu-bapa-tentang-kepentingan-vaksinasi-kanak-kanak

 

Tarikh Input: 02/08/2022 | Kemaskini: 02/08/2022 | aimerul

PERKONGSIAN MEDIA

UNIT SUMBER PENDIDIKAN KANSER DAN KLINIKAL (CCARE)
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
03-9769 9754
-
SXEaAAh~