KANSER DARAH | UNIT SUMBER PENDIDIKAN KANSER DAN KLINIKAL (CCARE)
» ARTIKEL » KANSER DARAH

KANSER DARAH

Limfoma merupakan sejenis kanser yang melibatkan limfosit dalam sistem imunisasi manusia.  Kanser limfoma terjadi apabila sel darah putih yang dikenali sebagai limfosit membiak di luar kawal.

Terdapat 2 kategori limfoma iaitu Hodgkin Lymphoma dan Non-Hodgkin Lymphoma. Antara faktor risiko yang boleh menyebabkan berlakunya limfoma adalah keturunan, penyakit yang merendahkan imuniti tubuh dan pendedahan kepada bahan-bahan kimia berbahaya seperti benzene.

Terdapat beberapa rawatan yang boleh diberikan kepada pesakit limfoma. Rawatan bagi kanser limfoma adalah berbeza antara pesakit bergantung pada jenis dan tahap limfoma, umur serta status fizikal pesakit.

Sehubungan itu, orang ramai disarankan untuk segera mendapatkan pemeriksaan dari doktor perubatan jika menunjukkan gejala kanser limfoma agar dapat dikesan dan dirawat dengan segera bagi meningkatkan peluang penyembuhan.

Sila dapatkan nasihat dan pemeriksaan lanjut dari doktor perubatan sekiranya anda mengalami tanda-tanda seperti yang dinyatakan. Pengesanan awal dan rawatan yang terbukti berkesan meningkatkan peluang penyembuhan. Ia dapat mencegah berlakunya hilang upaya yang teruk dan dapat meningkatkan kualiti kehidupan pesakit.

 

Disediakan oleh: Puan Shafikah binti Rahim (Pegawai Jururawat HSAAS, UPM)

Sumber rujukan:
Unit Komunikasi Korporat, Kementerian Kesihatan Malaysia

 

Tarikh Input: 23/09/2024 | Kemaskini: 23/09/2024 | aimerul

PERKONGSIAN MEDIA

UNIT SUMBER PENDIDIKAN KANSER DAN KLINIKAL (CCARE)
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
03-9769 9754
-
W, (02:04:25am-02:09:25am, 18 May 2026)   [*LIVETIMESTAMP*]