JK Ekosistem Kondusif Sektor Awam (EKSA) | CANCER RESOURCE & EDUCATION CENTER (CaRE)
» ABOUT US » Committee » JK Ekosistem Kondusif Sektor Awam (EKSA)

JK Ekosistem Kondusif Sektor Awam (EKSA)

PENGENALAN

EKSA telah diperkenalkan mulai Januari 2014 sebagai inisiatif penjenamaan semula amalan 5s Sektor Awam. Langkah penjemaan semula oleh MAMPU ini diperkenalkan  supaya seiring dengan perubahan dan kehendak semasa bagi meningkatkan prestasi dan daya saing organisasi disamping menyemarakkan lagi budaya kreatif dan inovatif dalam kalangan jabatan/agensi sektor awam. EKSA bukan bertujuan untuk   menggantikan konsep 5s yang diamalkan sebelum in, sebaliknya menambahbaik elemen 5s tersebut. Amalan 5s ditambahbaik dengan menambah lima (5) elemen baharu iaitu Imej Korporat, Kreativiti dan Inovasi, Amalan Hijau, Persekitaran Kondusif dan Kepelbagaian Agensi.

 

CARTA PELAKSANAAN JAWATANKUASA PELAKSANA EKSA PTJ

 

PENYATAAN EKSA

Amalan EKSA mula dijalankan di CaRE bermula tahun Mac 2021 dengan memfokuskan pelaksanaan peringkat 1 dan 2, dan masih sedang dijalankan sehingga kini. Pada peringkat 1 dan 2 ini, pihak CaRE telah menjalankan taklimat kesedaran bagi kesemua staf di CaRE dan menubuhkan JK Pelaksanaan EKSA dengan fungsi dan peranan setiap satunya, selain menyediakan carta perbatuanya. CaRE juga dalam proses untuk mewujudkan zon-zon yang bersesuaian dengan PTJ.

“Staf Pusat Sumber dan Pendidikan Kanser beriltizam dan komited ke arah kecemerlangan melalui penerapan budaya persekitaran berkualiti yang bersih, selesa, selamat, kondusif dan budaya kerja yang berinovatif, kreatif, produktif dan kondusif dalam pendidikan komuniti, penyelidikan dan perkhidmatan sokongan untuk memenuhi espektasi pelanggan selaras dengan Visi, Misi dan Matlamat Universiti Putra Malaysia.”

 

MISI DAN VISI EKSA

Meningkatkan produktiviti dan kualiti kerja melalui penerapan amalan EKSA yang menitipberatkan persekitaran kerja yang berkualiti, selamat, berimej korporat dan persekitaran hijau.

 

OBJEKTIF PELAKSANAAN EKSA

Melaksanakan amalan EKSA sejajar dengan keperluan UPM berteraskan kualiti, imej, inovasi yang dinamik dan kreatif, persekitaran hijau dan memastikan keleastarian amalan EKSA dicapai dengan berkesan.

 

MOTO DAN LOGO EKSA

“Care, Action, Reuse, Efficient”

 

 

Updated:: 07/07/2021 [aimerul]

MEDIA SHARING

CANCER RESOURCE & EDUCATION CENTER (CaRE)
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
03-9769 1011
03-9769 2706
BUJUHAp~