Program Kesihatan & Kempen Derma Darah | CLINICAL AND CANCER RESOURCE EDUCATION UNIT (CCARE)
» NEWS » Program Kesihatan & Kempen Derma Darah

Program Kesihatan & Kempen Derma Darah

Kota Bharu, 18 Julai 2014 Pusat Sumber & Pendidikan Kanser (CaRE) telah dijemput oleh Persatuan Orang Kota Bahru (POKB) untuk bersama-sama menyertai Program Kesihatan & Kempen Menderma Darah sempena Hari Pengenalan Tabung Kaseh Kanser OKB Hospital Raja Perempuan Zainab (HRPZ) II. Program ini juga turut disertai oleh Gabungan Pertubuhan Tiong Hwa Kelantan (WANITA). Program yang diadakan di Dewan Serbaguna Zheng You, Sekolah Jenis Kebangsan Cina Chung Cheng, Kota Bharu ini telah bermula seawal pukul 9.00 pagi hingga 2.00 petang. CaRE telah membawa Bas Pengembangan Putra untuk tujuan pameran kesedaran kanser dan juga mempromosikan perkhidmatan yang terdapat di CaRE.

Melalui program ini, diharap agar komuniti Kota Bharu terutamanya golongan wanita dapat menyedari kepentingan mengesan penyakit kanser pada peringkat awal dan juga memahami tentang kaedah pemeriksaan sendiri payudara (PSP) serta pentingnya amalan gaya hidup sihat. Seramai 85 orang telah mengunjungi pameran yang diadakan di dalam Bas Pengembangan Putra pada hari ini.  


Pemandangan Bas Pengembangan Putra


Date of Input: | Updated: | amir_peli

MEDIA SHARING

CLINICAL AND CANCER RESOURCE EDUCATION UNIT (CCARE)
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
03-9769 9754
-
SXDTMAO~