Please Help Breast Cancer Patient | CLINICAL AND CANCER RESOURCE EDUCATION UNIT (CCARE)
» NEWS » Please Help Breast Cancer Patient

Please Help Breast Cancer Patient


Serdang, 27 Februari 2015 – Pengarah CaRE, Prof. Dr. Latiffah Ab. Latiff bersama staf CaRE dan seorang pelajar Master (Bimbingan & Kaunseling ) dari Fakulti Pengajian Pendidikan , UPM telah mengadakan lawatan ke wad 7B, Hospital Serdang, Serdang. Pesakit yang dilawati ialah Badilah Ab. Bakar, menghidap kanser payudara tahap 3 sejak tahun 2013. Beliau dimasukkan ke hospital kerana mengalami batuk yang berterusan selama 3 minggu berturut-turut.  Untuk merawat kanser, beliau telah menjalani kemoterapi dan hanya mengambil makanan tambahan.  

Badilah merupakan seorang ibu tunggal yang mempunyai 6 orang anak dan 5 daripadanya masih dalam pengajian. Setelah disahkan menghidap kanser, Badilah telah berhenti kerja dan kini bergantung hidup dengan bantuan dari Pusat Zakat Selangor, termasuklah bayaran sewa rumah yang turut dibiayai oleh pihak Pusat Zakat Selangor. Rumah yang didiami oleh Badillah dan anak-anaknya di Desa Pinggiran Putra sudah tidak sesuai untuk didiami memandangkan rumah tersebut adalah di tingkat 3 dan ini menyukarkan sedikit pergerakan beliau. Di samping itu juga, kawasan kejiranan yang kebanyakannya didiami oleh warga asing merisaukan beliau untuk meninggalkan anak-anaknya di rumah untuk menjalani rawatan di hospital dan melaksanakan urusan–urusan lain.

Semasa lawatan, Prof. Dr. Latiffah telah memberikan kata – kata nasihat dan motivasi untuk beliau meneruskan rawatan seperti yang telah disyorkan oleh doktor pakar. Selain itu, bahan pendidikan tentang kanser dan buku motivasi turut diserahkan kepada beliau.  Antara peranan yang boleh dimainkan oleh pihak CaRE dalam membantu kelangsungan kehidupan Badilah dan anak–anaknya termasuklah membantu mendapatkan tempat tinggal yang lebih sesuai serta membuat hebahan untuk menarik perhatian NGO dan badan kerajaan untuk memberi sumbangan. Badilah juga perlu dihubungkan dengan rakan pesakit kanser yang lain untuk memastikan beliau sentiasa bersemangat untuk meneruskan kehidupan dan melawan penyakit kanser yang dihidapi. Badilah boleh dihubungi di 014 2244235 atau menghubungi Hani (anak ke – 3) di 011 27748851.




Date of Input: | Updated: | amir_peli

MEDIA SHARING

CLINICAL AND CANCER RESOURCE EDUCATION UNIT (CCARE)
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
03-9769 9754
-
SXDTTA4~