Penyerahan Alat Pembedahan Harmonic (Mesin Ethicon-Surgery Generator - Gen11) Ca | CANCER RESOURCE & EDUCATION CENTER
» NEWS » PENYERAHAN ALAT PEMBEDAHAN HARMONIC (MESIN ETHICON-SURGERY GENERATOR - GEN11) CA

Penyerahan Alat Pembedahan Harmonic (Mesin Ethicon-Surgery Generator - Gen11) Ca

SERDANG, 21 Ogos 2014 Pusat Sumber & Pendidikan Kanser (CaRE), Universiti Putra Malaysia (UPM) menyerahkan alat pembedahan Harmonic iaitu Mesin Ethicon-Surgery Generator (Gen11) kepada Fakulti Perubatan & Sains Kesihatan (FPSK), UPM  pada Majlis Apresiasi CaRE 2014 yang diadakan di CaRE pada 21 Ogos 2014, hari Khamis.                             

Ethicon-Surgery Generator (Gen11) merupakan sebuah mesin yang digunakan dalam rawatan kanser bagi tujuan pemotongan dan pembekuan tisu lembut dan salur darah. Mesin ini amat diperlukan bagi rawatan pesakit kanser yang kritikal. Dengan penyerahan mesin ini kepada FPSK UPM, lebih ramai pakar dalam bidang kesihatan terutamanya yang berkaitan dengan kanser akan dapat dilahirkan dan memberi manfaat kepada pesakit. Inisiatif untuk mendapatkan tajaan ini merupakan usaha murni oleh Dr.  Andi Anggeriana Binti Andi Asri, Timbalan Pengarah CaRE & Encik Eirfan Ghani.

Mesin yang bernilai RM 125,000.00, tajaan Jakel Sdn. Bhd.  ini diserahkan oleh Yg. Bhg. Prof Dr. Latiffah Binti A. Latiff, Pengarah CaRE kepada Prof Dr. Norlijah Binti Othman, Dekan FPSK, UPM untuk kegunaan Unit Gine Onkologi, Jabatan Obstetrik & Ginekologi FPSK UPM. Majlis Apresiasi CaRE 2014 ini telah dirasmikan oleh Prof Dr. Mohd Azmi Mohd Lila, Timbalan Naib Canselor (Penyelidikan dan Inovasi) UPM. Turut sama hadir dalam majlis ini adalah Datuk Hj Sheikh Ahmad Dusuki, Presiden Persatuan Orang Kota Bharu (POKB).

Selain daripada penyerahan alat pembedahan tersebut, majlis seumpama ini juga diadakan untuk meraikan dan menghargai jasa baik, kerjasama dan sumbangan yang dihulurkan oleh survivor kanser, sukarelawan, organisasi dan orang perseorangan yang terlibat dengan CaRE sama ada secara langsung atau tidak langsung.  CaRE berharap majlis seumpama ini dapat terus menjalinkan hubungan kerjasama yang sihat dan berterusan antara organisasi demi manfaat bersama.


Penyerahan Alat Pembedahan Harmonic (Mesin Ethicon Surgery Generator  Gen 11) dari Encik Eirfan Ghani kepada Dekan Fakulti Perubatan & Sains Kesihatan UPM, Prof Dr. Norlijah Othman disaksikan oleh Pengarah Pusat Sumber & Pendidikan Kanser (CaRE) UPM.


Updated:: [marianishaari]

MEDIA SHARING

CANCER RESOURCE & EDUCATION CENTER
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
0389471011
0389472706
C1498188849