Pameran Kesedaran & Pendidikan Kanser Sempena Program Ziarah Kaseh OKB | CLINICAL AND CANCER RESOURCE EDUCATION UNIT (CCARE)
» NEWS » Pameran Kesedaran & Pendidikan Kanser sempena Program Ziarah Kaseh OKB

Pameran Kesedaran & Pendidikan Kanser sempena Program Ziarah Kaseh OKB

Kota Bharu, 23 Mac 2014 – Pusat Sumber & Pendidikan Kanser (CaRE) UPM telah dijemput untuk mengadakan pameran kesedaran dan pendidikan kanser dengan menggunakan Bas Pengembangan Putra Universiti Putra Malaysia (UPM) sempena Program Ziarah Kaseh Orang Kota Bharu (OKB). Program Ziarah Kaseh OKB ini adalah merupakan satu program anjuran Tabung Kaseh Kanser HRPZII, Persatuan Orang Kota Bharu, POKB. Program ini telah berlangsung seawal jam 9.00 pagi dan berakhir kira-kira jam 5.00 petang bertempat di Perkarangan Hospital Raja Perempuan Zainab II, Kelantan.  

Dianggarkan seramai 150 orang pengunjung telah menyertai program ini. Antara aktiviti yang dijalankan semasa program ini adalah diskusi tertutup bersama pesakit kanser wanita yang diketuai sendiri oleh Prof. Dr. Latiffah A. Latiff, Pengarah CaRE. Dalam diskusi ini, peserta berpeluang untuk berkongsi maklumat mengenai cabaran dan permasalahan yang dihadapi oleh mereka. Selain itu, terdapat juga aktiviti lain yang dijalankan iaitu penyampaian sumbangan kepada pesakit kanser oleh badan korporat dan sesi lawatan ke wad dan rumah pesakit.

Yang Berbahagia Datuk Farida Mohd Ali, Ketua Setiausaha, Kementerian Kesihatan Malaysia telah dijemput sebagai tetamu kehormat bagi program yang mensasarkan komuniti sekitar kawasan Kota Bharu ini. Program yang berlangsung selama satu hari ini diharapkan agar dapat meningkatkan pengetahuan dan kesedaran tentang tanda dan gejala awal kanser, rawatan kanser dan bentuk sokongan yang boleh diperolehi sekiranya  disahkan menghidap kanser.



Date of Input: | Updated: | amir_peli

MEDIA SHARING

CLINICAL AND CANCER RESOURCE EDUCATION UNIT (CCARE)
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
03-9769 9754
-
SXDTLAL~