Pameran Kesedaran Kanser & Jualan Amal Di Program 3K, Melaka | CLINICAL AND CANCER RESOURCE EDUCATION UNIT (CCARE)
» NEWS » Pameran Kesedaran Kanser & Jualan Amal di Program 3K, Melaka

Pameran Kesedaran Kanser & Jualan Amal di Program 3K, Melaka

Melaka, 5 September 2014 Pusat Sumber & Pendidikan Kanser (CaRE) telah dijemput untuk menyertai Program Jelajah KENALI KANSER KITA (3K) yang dianjurkan oleh Biro Kesihatan Pergerakan Puteri UMNO Malaysia bersama Hannamar Medical. Program yang diadakan di Kompleks Japerun, Pantai Kundur, Tanjung Kling Melaka ini telah disempurnakan oleh YABhg Datin Seri Hajah Fadhilah Abdullah, isteri YAB Ketua Menteri Melaka. Program telah dimulakan dengan ceramah dari Dr. Muhammad Hakim Nordin, Ketua Pegawai Eksekutif Hannamar Medical dengan tajuk "Enlighten Your Breast Awareness". Peserta diberi taklimat mengenai keperluan dan  kepentingan membuat saringan peringkat awal kanser payudara.

Seterusnya, terdapat juga segmen sembang santai bersama doktor professional dan juga pesakit (survivor) kanser. Sewaktu segmen sembang santai ini, para peserta berpeluang mendengar pengalaman daripada pesakit (survivor) kanser itu sendiri mengenai kesakitan yang mereka alami setelah didiagnos mendapat kanser. Mereka juga berkongsi pandangan dan nasihat agar setiap wanita yang telah disahkan menghidap kanser tidak mudah putus asa kerana sikap negatif tersebut boleh membawa kepada keadaan yang lebih teruk lagi kepada penghidap tersebut. Seramai 200 peserta yang terdiri daripada penduduk setempat daerah Tanjung Kling telah hadir pada hari ini.

CaRE turut mengadakan pameran kesedaran kanser kepada setiap pengunjung yang hadir. Mereka diberikan taklimat tentang pemeriksaan sendiri payudara dan kepentingannya. Bagi yang berminat dengan bahan bacaan berkaitan kanser, mereka dapat membeli buku terbitan CaRE. Dalam program ini juga, CaRE turut serta dalam Jualan Amal bagi mendapatkan dana untuk membantu pesakit kanser. Sambutan yang diberikan oleh warga Tanjung Kling, Melaka adalah sangat menggalakkan. 


Dr. Muhammad Hakim Nordin sedang memberikan taklimat kepada peserta yang hadir


Antara peserta yang ingin mendapatkan maklumat tentang pemeriksaan sendiri payudara


Doktor dan pesakit (survivor) kanser sedang berkongsi cerita dan pengalaman masing-masing tentang kanser payudara


Jualan Amal yang berlangsung di luar dewan Kompleks Japerun.


Date of Input: | Updated: | amir_peli

MEDIA SHARING

CLINICAL AND CANCER RESOURCE EDUCATION UNIT (CCARE)
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
03-9769 9754
-
SXDTKAR~