Pameran Kesedaran Kanser Dan Amalan Gaya Hidup Sihat Sempena Majlis Perhimpunan Bulan KPDNHEP | CLINICAL AND CANCER RESOURCE EDUCATION UNIT (CCARE)
» NEWS » Pameran Kesedaran Kanser Dan Amalan Gaya Hidup sihat Sempena Majlis Perhimpunan Bulan KPDNHEP

Pameran Kesedaran Kanser Dan Amalan Gaya Hidup sihat Sempena Majlis Perhimpunan Bulan KPDNHEP

PUTRAJAYA, 16 JUN 2022 - Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) Putrajaya telah menganjurkan Majlis Perhimpunan Bulanan bertempat di Ruang Legar Dewan Serbaguna, Aras G, Podium 1, KPDNHEP bertujuan untuk merapatkan lagi ukhwah dikalangan kakitangan serta agensi-agensi luar.

Universiti Putra Malaysia telah dijemput hadir untuk mengadakan Pameran pada majlis tersebut dimana telah diwakili dan dijayakan oleh Fakulti Ekologi Manusia dan UPM dan Clinical-Cancer Resourse and Education (CCARE), HPUPM. CCARE membuka Booth pameran kanser dan amalan gaya hidup sihat di ruang legar dan di dalam Bas Pengembangan Putra UPM bagi meningkatkan kesedaran tentang kesihatan, saringan awal, amalan gaya hidup sihat yang boleh diamalkan untuk pencegahan awal kanser serta meningkatkan pengetahuan dan kepentingan pemeriksaan sendiri payudara melalui demonstrasi yang dijalankan di Booth.
Selain itu, HPUPM juga telah menjalankan saringan kesihatan umum seperti bacaan tekanan darah, gula dalam darah dan indek jisim badan (BMI) dimana seramai 91 peserta telah melakukan pemeriksaan kesihatan dan 60 peserta menyertai demontrasi pemeriksaan sendiri payudara. Seramai 160 orang peserta telah mendapat manfaat daripada keseluruhan aktiviti yang dijalankan.
Majlis yang turut dihadiri oleh pelbagai agensi telah memberi impak yang positif kepada peserta yang hadir dan juga kepada sesama agensi dimana banyak input yang berguna diperolehi selain dapat meningkatkan lagi kerjasama antara agensi.

Date of Input: 29/06/2022 | Updated: 29/06/2022 | aimerul

MEDIA SHARING

CLINICAL AND CANCER RESOURCE EDUCATION UNIT (CCARE)
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
03-9769 9754
-
SXETHAo~