Majlis Penyerahan Kutipan Dana Kepada Pesakit Kanser En. Abdul Muizz Muhamad | CLINICAL AND CANCER RESOURCE EDUCATION UNIT (CCARE)
» NEWS » Majlis Penyerahan Kutipan Dana kepada Pesakit Kanser En. Abdul Muizz Muhamad

Majlis Penyerahan Kutipan Dana kepada Pesakit Kanser En. Abdul Muizz Muhamad

Serdang, 4 Februari 2014 – Pusat Sumber & Pendidikan Kanser (CaRE) UPM telah mengadakan satu majlis penyerahan kutipan dana kepada pesakit kanser yang juga merupakan salah seorang sukarelawan CaRE iaitu En. Abdul Muizz bin Muhamad. Majlis ini diadakan di Bilik Mesyuarat Bangunan Pentadbiran UPM bermula pada pukul 8.30 pagi hingga 10.00 pagi. Majlis penyerahan ini telah disempurnakan oleh YBhg. Prof Dato’ Dr. Mohd Fauzi Hj. Ramlan, Naib Canselor UPM.

Seramai 36 orang staf UPM termasuk Dato’ Wan Azman Wan Omar, Pendaftar UPM dan Encik Zulkiflee Othman, Bendahari UPM hadir ke majlis ini. Abdul Muiz bin Muhamad adalah merupakan salah seorang sukarelawan CaRE yang juga bekas pesakit kanser Non-Hodgkin Lymphoma. Beliau disahkan menghidap kanser pada tahun 2011 dan telah menjalani semua rawatan yang disyorkan oleh pakar perubatan untuk menyembuhkan penyakit kanser yang dialami. Walaubagaimanapun, pada penghujung tahun 2013, beliau telah disahkan mempunyai masalah jantung dan memerlukan alat ‘pacemaker’ untuk membantu jantung berfungsi dengan baik.

Menyedari hal ini, CaRE mengambil inisiatif untuk membantu Abdul Muiz dengan melaksanakan kutipan dana bagi membiayai kos pembelian ‘pacemaker’ yang mencecah nilai RM 17, 000.00. Melalui pelbagai usaha yang telah dijalankan, akhirnya sebanyak RM 17, 830.00 berjaya dikumpul. Ini adalah hasil daripada sumbangan pelbagai pihak termasuklah badan korporat dan juga orang perseorangan.  

CaRE bercita-cita tinggi untuk membantu masyarakat yang memerlukan seperti golongan survivors atau pesakit kanser terutamanya dari segi sokongan dan juga kaunseling. CaRE juga berharap dengan adanya majlis penyerahan seumpama ini akan membuka lebih banyak mata pihak luar khususnya badan-badan korporat untuk membantu CaRE mencapai misi dan visi demi kesejahteraan bersama. 



Date of Input: | Updated: | marianishaari

MEDIA SHARING

CLINICAL AND CANCER RESOURCE EDUCATION UNIT (CCARE)
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
03-9769 9754
-
SXDTRAj~