Majlis Penghargaan Sukarelawan EARSCC @ Putra Bakti | CLINICAL AND CANCER RESOURCE EDUCATION UNIT (CCARE)
» NEWS » Majlis Penghargaan Sukarelawan EARSCC @ Putra Bakti

Majlis Penghargaan Sukarelawan EARSCC @ Putra Bakti

SERDANG, 20 April 2016 - Sempena dengan Majlis Perutusan 100 Hari Naib Canselor Universiti Putra Malaysia (UPM), Pusat Sumber dan Pendidikan Kanser (CaRE) telah diberi penghargaan bagi Program Sukarelawan Putra Bakti. Program Sukarelawan CaRE yang dikenali sebagai EARSCC @ Putra Bakti telah dimandatkan menepati visi Ihsan Tonggak Kecemerlangan Kesukarelawanan sempena pelancaran Program Putra Bakti oleh YBhg. Prof. Datin Paduka Dr. Aini Ideris, Naib Canselor UPM. Prof. Dr. Latiffah A. Latiff, Pengarah CaRE telah diberikan vest sukarelawan @ Putra Bakti selepas pelancaran tersebut.

 

 

Penyampaian vest Sukarelawan @ Putra Bakti oleh YBhg. Prof. Datin Paduka Dr. Aini Ideris, Naib Canselor UPM

 

 

Selepas Majlis Perutusan 100 Hari Naib Canselor UPM tamat, YBhg. Prof. Datin Paduka Dr. Aini Ideris berbesar hati untuk menyampaikan sijil penghargaan kepada 12 orang wakil sukarelawan EARSCC@Putra Bakti yang terdiri daripada 4 kategori iaitu sukarelawan siswa, sukarelawan survivor, sukarelawan professional dan sukarelawan awam di ruang pameran CaRE. CaRE mengucapkan jutaan terima kasih kepada YBhg. Prof. Datin Paduka Dr. Aini Ideris atas sokongan yang diberikan kepada CaRE selama ini.

 

 

Majlis penyampaian sijil penghargaan kepada sukarelawan EARSCC@Putra Bakti

 

 

Sesi kaunseling pemakanan secara berkumpulan telah dijalankan untuk pengisian ilmu pada hari tersebut. Seramai lapan (8) orang sukarelawan siswa yang merupakan pelajar tahun akhir Bachelor Sains Dietetik, Fakulti Perubatan & Sains Kesihatan telah menjalankan sesi kaunseling pemakanan kanser kepada 10 orang sukarelawan survivor kanser. Selain itu, aktiviti pameran kesukarelawanan dan pendaftaran sukarelawan  EARSCC@Putra Bakti turut diadakan di ruang legar Pusat Kesenian & Kebudayaan Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah. Sehingga bulan April 2016, CaRE telah merekrut seramai 662 orang sukarelawan berdaftar dengan bilangan sukarelawan siswa UPM telah mencecah seramai 439 orang.

 

 

Sesi kaunseling pemakanan secara berkumpulan

 

 

Date of Input: | Updated: 05/01/2023 | aimerul

MEDIA SHARING

CLINICAL AND CANCER RESOURCE EDUCATION UNIT (CCARE)
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
03-9769 9754
-
SXDTRAf~