Lawatan Pelajar Management Science University Ke CaRE (Kumpulan 2) | CLINICAL AND CANCER RESOURCE EDUCATION UNIT (CCARE)
» NEWS » Lawatan Pelajar Management Science University ke CaRE (Kumpulan 2)

Lawatan Pelajar Management Science University ke CaRE (Kumpulan 2)

Serdang, 20 Mei 2016 – Pusat Sumber & Pendidikan Kanser (CaRE) telah menerima kunjungan daripada 42 orang yang terdiri daripada 2 orang pensyarah dan 40 orang pelajar jurusan Sains Bioperubatan dari Management Science University (MSU). Bagi memenuhi objektif lawatan sambil belajar ini, CaRE telah menyediakan pelbagai aktiviti menarik untuk meningkatkan pengetahuan mereka mengenai kanser dan juga perkhidmatan yang dijalankan oleh CaRE. Antara aktiviti-aktiviti yang dijalankan oleh CaRE ialah sesi ceramah pengesanan awal kanser yang disampaikan oleh YBhg. Prof. Dr. Rozi Mahmud, Timbalan Pengarah CaRE. Pelajar MSU juga turut meluangkan masa di Pusat Sumber CaRE untuk melihat bahan-bahan penerbitan CaRE dan penulis lain berkaitan kanser. Selain itu, mereka juga telah dibawa melawat ke Pusat Pengimejan dan Diagnostik Nuklear, UPM untuk melihat perkhidmatan diagnostik kanser yang dijalankan.

CaRE amat berbesar hati menerima kunjungan dan lawatan sambil belajar dari pelajar-pelajar ini dan mengharapkan agar lebih banyak institut pengajian tinggi swasta atau awam yang ingin mengadakan lawatan lagi bagi menambah pengetahuan dan kesedaran tentang kanser dan gaya hidup sihat.


Sesi bergambar antara staf CaRE bersama pelajar & juga pensyarah MSU


Ceramah pengesanan awal kanser yang disampaikan oleh YBhg. Prof. Dr. Rozi Mahmud


Penerangan oleh staf CaRE tentang Pusat Sumber CaRE


Lawatan ke Pusat Pengimejan dan Diagnostik Nuklear, UPM


Date of Input: | Updated: | amir_peli

MEDIA SHARING

CLINICAL AND CANCER RESOURCE EDUCATION UNIT (CCARE)
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
03-9769 9754
-
SXDTLAP~