Kempen Kesedaran Kesihatan Dan Kanser Di Machang, Kelantan | CLINICAL AND CANCER RESOURCE EDUCATION UNIT (CCARE)
» NEWS » Kempen Kesedaran Kesihatan Dan Kanser Di Machang, Kelantan

Kempen Kesedaran Kesihatan Dan Kanser Di Machang, Kelantan

KELANTAN, 31 Januari 2016 – Pusat Sumber dan Pendidikan Kanser (CaRE), Universiti Putra Malaysia (UPM) telah dijemput untuk mengadakan kempen kesihatan dan kanser sempena Majlis Pelancaran Kelas Abad 21 Datuk Ahmad Jazlan OKB Sk Jambu Lawar, Machang, Kelantan. Program ini dianjurkan oleh Persatuan Orang Kota Baru (POKB) dan dirasmikan oleh YB. Datuk Ahmad Jazlan, Timbalan Menteri Kementerian Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah merangkap Ahli Parlimen Machang.

Aktiviti yang dijalankan oleh CaRE ialah pameran kesedaran kanser dan amalan gaya hidup sihat, demonstrasi dan ceramah pemeriksaan sendiri payudara, saringan awal kanser payudara menggunakan EIT oleh Mobecomm Technologies Sdn. Bhd. dengan penglibatan Bas Klinik Pengembangan Putra. CaRE juga telah mendapat tajaan bagi analisis ujian pap smear konvensional secara percuma daripada DNA Laboratories Sdn. Bhd. Ujian pap smear konvensional tersebut telah dijalankan dengan kerjasama petugas-petugas kesihatan dari Klinik Kesihatan Batu 30, Machang.  

Pelajar sekolah turut terlibat dalam kempen kesedaran ini melalui kuiz serta permainan berasaskan pengetahuan sains mereka. Piramid makanan, kuiz kanser serta teka silang kata disediakan untuk menarik minat kanak-kanak sekolah rendah. 

 

 

YB. Datuk Ahmad Jazlan bersama Presiden POKB, Dato' Hj. Sheikh Ahmad Dusuki Sheikh Mohamad dan Pengarah CaRE, Prof. Dr. Latiffah Abd. Latiff serta ahli POKB.

 

 

Penerangan oleh Pengarah CaRE, Prof. Dr. Latiffah Abd. Latiff

 

 

Demonstrasi pemeriksaan sendiri payudara

 

 

Pelajar SK Jambu Lawar yang mengunjungi Bas Klinik Pengembangan Putra

 

 

Date of Input: | Updated: 05/01/2023 | aimerul

MEDIA SHARING

CLINICAL AND CANCER RESOURCE EDUCATION UNIT (CCARE)
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
03-9769 9754
-
SXDTLAL~