Kempen Kesedaran Kanser Sempena Hari Bersama Pengguna LRT Ampang | CLINICAL AND CANCER RESOURCE EDUCATION UNIT (CCARE)
» NEWS » Kempen Kesedaran Kanser Sempena Hari Bersama Pengguna LRT Ampang

Kempen Kesedaran Kanser Sempena Hari Bersama Pengguna LRT Ampang

AMPANG, 13 April 2016 – Pusat Sumber dan Pendidikan Kanser (CaRE) telah mengadakan Kempen Kesedaran Kanser Sempena Hari Bersama Pengguna LRT di perkarangan Stesen LRT Ampang. Program ini merupakan anjuran Rapidrail Sdn. Bhd. dengan kerjasama CaRE dan Mobecomm Technologies Sdn. Bhd.

Objektif utama kempen ini diadakan adalah untuk meningkatkan kesedaran masyarakat yang menggunakan khidmat LRT di kawasan Ampang tentang penyakit kanser serta pengetahuan yang berkaitan tanda dan gejala serta rawatan yang boleh diberikan kepada pesakit kanser. Aktiviti-aktiviti yang telah diadakan adalah pameran kesedaran kanser dan saringan kanser payudara tanpa radiasi menggunakan teknologi Electro Impedance Tomography (EIT). Seramai 60 orang pengunjung telah direkodkan dan 5 orang wanita telah menjalani pemeriksaan payudara menggunakan teknologi EIT.

 

 

Kempen kesedaran kanser di perkarangan Stesen LRT Ampang

 

 

Date of Input: | Updated: 05/01/2023 | aimerul

MEDIA SHARING

CLINICAL AND CANCER RESOURCE EDUCATION UNIT (CCARE)
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
03-9769 9754
-
SXDTTAO~