Continuous Professional Development (CPD) : Empowering Communication In Cancer C | CLINICAL AND CANCER RESOURCE EDUCATION UNIT (CCARE)
» NEWS » Continuous Professional Development (CPD) : Empowering Communication in Cancer C

Continuous Professional Development (CPD) : Empowering Communication in Cancer C

SERDANG, 4 September 2014 Memandangkan kemahiran komunikasi adalah sangat penting bagi profesional perubatan ketika berhadapan dengan pesakit, Pusat Sumber & Pendidikan Kanser (CaRE) mengambil inisiatif untuk membantu meningkatkan kemahiran dan pengetahuan golongan ini. Satu program Pembangunan Profesional Berterusan (CPD) bertajuk "Empowering Communication in Cancer Care; What skills do we need?" telah dianjurkan oleh pihak CaRE dengan kerjasama Unit Pendidikan Kesihatan, Institut Kanser Negara (IKN). Program ini telah diadakan pada 4 September 2014 bertempat di Bilik Seminar 1-4, IKN bermula jam 8.00 pagi hingga 5.00 petang.                               

Program dimulakan dengan ucapan daripada Pengarah IKN, Dr. Asmayani binti Khalib dan juga Pengarah CaRE, Prof. Dr. Latiffah A. Latiff. Program diteruskan dengan sesi ceramah yang telah disampaikan oleh Dr. Siti Irma Fadhilah Binti Ismail dan juga Dr Zubaidah Binti Jamil @ Osman. Kedua-dua penceramah ini adalah dari Jabatan Psikiatrik, Fakulti Perubatan & Sains Kesihatan UPM. Pada program itu juga, turut diadakan sesi 'Role Play' di sebelah petang di mana setiap peserta diberikan situasi pesakit dan berpeluang mempraktikkan apa yang telah mereka pelajari di awal pagi.

Program ini telah dihadiri oleh 38 orang peserta yang terdiri daripada kakitangan IKN. Di akhir program ini, peserta dapat memahami teknik asas kaunseling, menggunakan komunikasi terapeutik semasa berhadapan dengan pesakit serta memahami prinsip ‘breaking bad news’ dan mengamalkan dalam tugasan seharian. Kebanyakan peserta amat berpuas hati dengan program seumpama ini dan berharap agar program ini dapat dilaksanakan lagi pada masa akan datang.


Ucapan daripada Pengarah CaRE, Prof. Dr. Latiffah A. Latiff sebelum program bermula


Antara peserta yang menyertai program CPD ini.


Penceramah dari Jabatan Psikiatrik, Fakulti Perubatan & Sains Kesihatan UPM iaitu Dr. Zubaidah Binti Jamil @ Osman (sedang memberikan taklimat) dan Dr. Siti Irma Fadhilah Binti Ismail (duduk)


Date of Input: | Updated: | amir_peli

MEDIA SHARING

CLINICAL AND CANCER RESOURCE EDUCATION UNIT (CCARE)
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
03-9769 9754
-
SXDTOAj~