Aktiviti Kesedaran Dan Sokongan Care Sempena Program Putra Makna Run 2016 | CLINICAL AND CANCER RESOURCE EDUCATION UNIT (CCARE)
» NEWS » Aktiviti Kesedaran Dan Sokongan Care Sempena Program Putra Makna Run 2016

Aktiviti Kesedaran Dan Sokongan Care Sempena Program Putra Makna Run 2016

SERDANG, 12 Mac 2016 – Pusat Sumber dan Pendidikan Kanser (CaRE) telah terlibat sebagai rakan kerjasama bagi penganjuran program Putra Makna Run 2016 bertempat di Stadium dan Bangunan Canselori Putra, UPM. Aktiviti-aktiviti yang telah disusun oleh CaRE bermula jam 7.00 pagi hingga 12.00 tengahari adalah pameran kesedaran kanser, pameran penyelidikan berkaitan kanser, senaman Qi gong, pemeriksaan ultrasound, saringan awal kanser payudara menggunakan EIT dan aktiviti khusus buat survivor kanser seperti sesi kumpulan sokongan dan sukaneka survivor. Seramai 50 orang pelajar Fakulti Perubatan dan Sains Kesihatan telah direkrut sebagai sukarelawan CaRE bagi menjayakan kesemua aktiviti tersebut.

Aktiviti dimulai dengan demonstrasi senaman Qi gong yang telah dilakukan dengan kerjasama Persatuan Guolin Qi Gong Malaysia. Berdasarkan pengalaman pesakit, senaman Qi gong mempunyai kesan yang positif kepada pengamalnya yang terdiri daripada pesakit kanser dan pesakit selain kanser.  Kemudian aktiviti diteruskan dengan sukaneka yang disertai oleh survivor kanser dan sukarelawan CaRE. Survivor kanser telah memenangi hampir kesemua acara sukaneka yang telah dirancang.

Program diakhiri dengan sesi kumpulan sokongan yang telah diketuai oleh Dr. Norhayati, Perunding Psikologi Perubatan dari Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM). Seramai 15 orang yang terdiri daripada survivor kanser, penjaga pesakit kanser (caregiver) dan profesional kesihatan telah berkongsi pengalaman, isu dan cabaran dalam pejuangan melawan kanser. Selain itu, seramai 20 orang sukarelawan survivor CaRE telah mendapat penajaan dari syarikat Mobecomm Technologies Sdn Bhd menyertai larian Putra Makna Run. Aktiviti pameran kesedaran kanser dan poster penyelidikan kanser (10 poster) telah diadakan di Bangunan Canselori Putra dan seramai 35 orang pengunjung telah direkodkan.

Aktiviti-aktiviti yang telah dijalankan memberi kesedaran tentang kepentingan pengesanan awal kanser, kepentingan peranan sokongan dalam mendepani cabaran kanser dan memberikan pengalaman baru kepada sukarelawan siswa melalui interaksi bersama masyarakat terutamanya survivor kanser.

 

 

Demonstrasi senaman Qi gong daripada Persatuan Guolin Qi Gong Malaysia

 

 

Sukaneka yang disertai oleh survivor kanser dan sukarelawan CaRE

 

 

Penjaga pesakit kanser sedang berkongsi pengalaman yang telah dilalui

 

 

Sesi bergambar bersama survivor kanser, sukarelawan CaRE dan peserta

 

 

Sukarelawan CaRE sedang mengajar pengunjung tentang cara-cara pemeriksaan sendiri payudara di booth pameran

 

 

Date of Input: | Updated: 05/01/2023 | aimerul

MEDIA SHARING

CLINICAL AND CANCER RESOURCE EDUCATION UNIT (CCARE)
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
03-9769 9754
-
SXDTOAR~