Program Pendidikan Care - Kenali Kanser Kita | UNIT SUMBER PENDIDIKAN KANSER DAN KLINIKAL (CCARE)
» BERITA » Program Pendidikan Care - Kenali Kanser Kita

Program Pendidikan Care - Kenali Kanser Kita

SERDANG, 24 Mei 2016 – Pusat Sumber dan Pendidikan Kanser (CaRE) telah menganjurkan satu program pendidikan yang diberi tajuk Kenali Kanser Kita yang berlangsung di Dewan Taklimat Serdang, Bangunan Pentadbiran, Universiti Putra Malaysia. Program pendidikan kali ini bertujuan untuk menyampaikan maklumat tentang Kanser Prostat dan Pengesanan Awal Kanser Wanita.  Sesi 1 dimulai dengan Kanser Prostat yang disampaikan oleh YBhg. Prof. Madya Dato’ Dr. Khairul Asri bin Mohd Ghani@Mamat, Pakar Perunding Bedah Urologi dari jam 9.00 pagi hingga 10.00 pagi. Manakala sesi 2 diteruskan dengan ceramah tentang Pengesanan Awal Kanser Wanita yang disampikan oleh Ybhg. Prof. Datin Dr. Rozi Mahmud, Pakar Radiologi & Timbalan Pengarah CaRE dari jam 2.30 petang hingga 3.30 petang.

Sepanjang program ini, CaRE telah membuat kempen kesedaran kanser di perkarangan Bangunan Pentadbiran UPM dari jam 8.30 pagi hingga 5.00 petang. CaRE juga menyediakan perkhidmatan perkhidmatan pengesanan awal kanser payudara menggunakan teknologi EIT kepada staf UPM.

 

 

Penyampaian Kanser Prostat oleh YBhg. Prof. Madya Dato’ Dr. Khairul Asri bin Mohd Ghani@Mamat

 

 

Pengesanan Awal Kanser Wanita disampikan oleh Ybhg. Prof. Datin Dr. Rozi Mahmud

 

 

Pameran kesedaran kanser CaRE

 

 

Tarikh Input: | Kemaskini: 05/01/2023 | aimerul

PERKONGSIAN MEDIA

UNIT SUMBER PENDIDIKAN KANSER DAN KLINIKAL (CCARE)
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
03-9769 9754
-
SXEZJAR~