Program Kesedaran Kanser (Seni & Kemanusiaan) | UNIT SUMBER PENDIDIKAN KANSER DAN KLINIKAL (CCARE)
» BERITA » Program Kesedaran Kanser (Seni & Kemanusiaan)

Program Kesedaran Kanser (Seni & Kemanusiaan)

15 Mei 2015 – Pusat Sumber & Pendidikan Kanser (CaRE), UPM bersama-sama dengan pelajar BBX3415 (Minor dalam Seni Persembahan) telah menganjurkan program kesedaran kanser. Objektif program ini adalah untuk mempromosikan perkhidmatan CaRE dan memberi kesedaran tentang kanser kepada peserta. Program ini juga bertujuan untuk mendidik peserta tentang pencegahan kanser, rawatan dan amalan gaya hidup sihat yang boleh membantu untuk mencegah kanser. Aktiviti utama pada hari tersebut adalah persembahan teater monolog oleh pelajar BBX3415 (Minor dalam Seni Persembahan). Aktiviti lain yang turut diadakan pada program tersebut adalah pameran bahan pendidikan kanser yang dihasilkan oleh CaRE, demonstrasi pemeriksaan sendiri payudara (PSP) dan sesi perkongsian bersama survivor kanser. Program ini bermula dengan ucapan penyelaras program dan ketua jabatan dari Fakulti Bahasa Moden dan Komunikasi, Universiti Putra Malaysia.

Penyelaras Program, Dr. Fazilah Husin


Ketua Jabatan Bahasa Melayu, Dr. Norazlina Hj Kiran Husin


Persembahan teater monolog oleh pelajar BBX3415 (Minor dalam Seni Persembahan)


Para pelakon teater monolog: Kesedaran Kanser


Sesi perkongsian bersama survivor kanser selepas program


Secara keseluruhannya, program ini memberi impak yang baik dan berinformasi. Para peserta dapat meningkatkan pengetahuan tentang pengesanan awal kanser payudara, membuat saringan kanser payudara menggunakan Electro Impedance Tomography (EIT) dan mendapat maklumat tentang Pusat Sumber & Pendidikan Kanser (CaRE). Usaha murni pelajar ini patut dihargai dan disokong kerana melalui kaedah ini kita dapat mendekati generasi muda dan memberi kesedaran kepada mereka.

Tarikh Input: | Kemaskini: | amir_peli

PERKONGSIAN MEDIA

UNIT SUMBER PENDIDIKAN KANSER DAN KLINIKAL (CCARE)
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
03-9769 9754
-
SXETAAO~