Pameran Kesedaran Kanser Di HUKM | UNIT SUMBER PENDIDIKAN KANSER DAN KLINIKAL (CCARE)
» BERITA » Pameran Kesedaran Kanser di HUKM

Pameran Kesedaran Kanser di HUKM

Bangi, 10 September 2014 Pusat Sumber & Pendidikan Kanser (CaRE) telah dijemput untuk mengadakan pameran dan promosi sempena Forum Umum ke - 3 anjuran Pusat Terapi Sel, Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM). Forum bertajuk Limfoma: Rawatan, Cabaran dan Harapan telah diadakan di Ruang Legar Lobi Utama, Pusat Perubatan UKM (PPUKM) pada jam 2 petang. Program ini telah berlangsung selama 2 hari bermula pada 9 & 10 September 2014. Program ini telah dirasmikan oleh YBhg Prof. Dato' Dr. Raymond Azman Ali, Pengarah Pusat Perubatan UKM.

Pelbagai pengisian telah dijalankan antaranya forum dan pameran dari CaRE dan pelbagai jabatan lain. Antara yang dibincangkan dalam forum tersebut adalah berkenaan dengan isu-isu yang berkaitan dengan limfoma dan cara pencegahan. Isu perubatan dan rawatan Islam adalah antara topik yang menarik minat peserta yang hadir. Terdapat beberapa tips yang dikongsikan oleh panel yang hadir seperti penggunaan daun belalai gajah dan epal hijau untuk mengubati kanser dan banyak lagi. Program diteruskan dengan pameran dari jabatan pemakanan PPUKM dan aktiviti seperti derma darah, derma organ, pengumpulan stem sel dan banyak lagi.


YBhg. Prof. Dato’ Dr. Raymond Azman Ali, Pengarah Pusat Perubatan UKM melawat ke ‘booth’ pameran CaRE


Petugas CaRE sedang memberikan maklumat kepada pengunjung


Tarikh Input: | Kemaskini: | amir_peli

PERKONGSIAN MEDIA

UNIT SUMBER PENDIDIKAN KANSER DAN KLINIKAL (CCARE)
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
03-9769 9754
-
SXEXTAn~